Wilayah Credit
Penunggang motosikal yang dibiayai oleh Wilayah Credit

Keselesaan maksimum,
komitmen minimum

Pembiayaan motosikal yang mudah dan dipercayai.

Nikmati pilihan bayaran balik fleksibel sehingga 60 bulan.

Pembiayaan Motosikal
Untuk Semua

Memiliki motosikal idaman kini lebih mudah.

Ciri-ciri dan manfaat pembiayaan motosikal Wilayah Credit
Ikon tangan memegang wang

Pembiayaan Dipermudahkan

Miliki motosikal anda dengan proses pembiayaan yang mudah dan lancar.

Ikon motosikal

Pilihan Tanpa Had

Pembiayaan untuk pelbagai jenama motosikal kegemaran anda.

Ikon kalendar

Ikut Kemampuan Anda

Tempoh bayaran balik sehingga 60 bulan, mengikut bajet bulanan anda.

4 Langkah untuk Memiliki Motosikal Idaman Anda

Segalanya mudah dan lancar

1.

Pilih Motosikal Anda

Kunjungi wakil sah dan dapatkan motosikal yang sesuai dengan gaya hidup anda.

2.

Hantar Dokumen

Kemukakan dokumen yang diperlukan untuk tujuan permohonan.

3.

Kelulusan Permohonan

Permohonan anda akan disemak dan diproses.

4.

Ambil Kunci Motosikal Anda

Setelah diluluskan, tandatangani dokumen dan bawa pulang motosikal anda.

Cara pembiayaan motosikal Wilayah Credit berfungsi Cara pembiayaan motosikal Wilayah Credit berfungsi

Soalan Lazim

Semak soalan-soalan lazim kami untuk mendapatkan semua maklumat yang anda perlukan.

Ditubuhkan pada tahun 1979, Wilayah Credit menyediakan penyelesaian pembiayaan motosikal dan merupakan sebahagian daripada Kumpulan OSK sejak Ogos 2025.

Warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 60 tahun pada akhir tempoh pembiayaan layak untuk memohon. Semua permohonan tertakluk kepada syarat kelayakan serta penilaian yang ditetapkan oleh Wilayah Credit.

Anda perlu mengemukakan MyKad asal berserta dokumen pengesahan pendapatan terkini. Dokumen sokongan tambahan mungkin diperlukan sepanjang proses penilaian, jika berkenaan.

Permohonan boleh diluluskan dalam tempoh 24 jam, dengan syarat semua dokumen yang diperlukan lengkap dan memenuhi proses penilaian kami. Tempoh pemprosesan mungkin berbeza bergantung pada setiap permohonan.

Bergantung pada permohonan anda, kos yang berkenaan mungkin merangkumi kadar pendaftaran kenderaan, duti setem, caj pos, kadar transaksi e-Hakmilik dan kadar pentadbiran. Semua kadar dan caj yang berkaitan akan dimaklumkan kepada anda sebelum perjanjian pembiayaan ditandatangani.

Anda boleh mengemukakan permohonan melalui wakil sah kami di seluruh negara. Sekiranya anda memerlukan panduan atau bantuan sepanjang proses permohonan, sila hubungi kami.

Anda boleh memohon pembiayaan sehingga 90%. Walau bagaimanapun, jumlah pembiayaan yang diluluskan adalah tertakluk kepada penilaian beberapa faktor seperti pendapatan, komitmen kewangan sedia ada dan keupayaan pembayaran balik. Oleh itu, jumlah yang diluluskan mungkin berbeza daripada jumlah yang dipohon.

Wilayah Credit kekal sebagai pemilik sah motosikal sepanjang tempoh pembiayaan. Hak milik akan dipindahkan kepada anda setelah semua kewajipan pembiayaan diselesaikan sepenuhnya.

Ya, anda boleh membuat penyelesaian awal pada bila-bila masa sebelum tempoh pembiayaan anda tamat. Perkara ini mungkin melayakkan anda mendapat rebat faedah yang dikira mengikut Akta Sewa Beli 1967 dan terma perjanjian anda. Sila hubungi kami untuk mendapatkan penyata penyelesaian awal.

Kami mengutamakan privasi anda dan memastikan semua data peribadi dikendalikan secara bertanggungjawab. Kami mematuhi sepenuhnya Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Notis Privasi yang terdapat di laman web kami.

Ikon carian Semak Kelayakan Anda Hubungi Kami →